Suspek anak lelaki ditahan reman
Seorang bapa and anak lelakinya, 16 tahun, ditahan reman kerana telah disyaki membunuh dan menanam tiga orang anak perempuannya di Georgetown, Kampung Pisang, Air Itam tiga tahun yang lalu. Mayat 3 orang anak perempuannya itu disuspek didera dengan penderaan fizikal dan seksual. Salah satu dari mayat itu berumur 7 tahun dan dikatakan cacat. Dua orang isteri dan 14 anak kepada lelaki tersebut terlibat dalam kes penderaan ini. 3 daripada 14 orang anak tersebut didapati didera secara fizikal dan seksual.
Pendapat:
Pada pendapat saya, seorang ayah haruslah lindungi anak mereka kerana mereka sayang akan anak mereka. Mereka tidaklah sepatutnya dera anak-anak mereka secara fizikal apatah lagi SEKSUAL. Itu telah melampau batasan. Mana boleh seorang ayah melakukan perbuatan sebegitu kepada darah daginngnya sendiri yang masih lagi berumur 7 tahun dan cacat. Saya berasa amat marah dan pilu sekali apabila membaca berita tersebut. Pada pendapat saya, perbuatan lelaki itu amat kejam dan zalim.
Yang Benar,
Is.
No comments:
Post a Comment