Ferguson & Benitez diarah henti bertikai
Mereka disuruh untuk berhenti bertikai kerena ia menjejas imej bola sepak England. Pertikaian mereka capai ke kemuncak dimana Richard Bevan, Persatuan Pengurus Liga harus masuk campur. Pertikaian ini telah dimulakan oleh Alex Ferguson. Dia telah menuduh Benitez atas kelakuannya yang kurang sopan dan sombong apabila Benitez menyifatkan Everton sebagai pasukan yang kerdil. Bukan itu sahaja, beliau juga menuduh Benitez bersikap kurang sopan kerana mengangkat tangan untuk menandakan permainan sudah tamat setelah Liverpool menyumbatkan empat gol atas Blackburn. Sebenarnya, Benitez hanya membuat tanda tersebut kerana salah satu pemain tidak mematuhi arahannya. Benitez sendiri tidak tahu mengapa Ferguson berbuat tuduhan tersebut walhal dia tidak bermaksud sedemikian.
Pendapat:
Pada hemat saya, Alex Ferguson amat iri hati dengan kejayaan Liverpool baik kejayaan mereka mengalahkan Blackburn di Anfield ataupun dengan kejayaan konsisten mereka, ada kemungkinan dia ingin mencemarkan nama baik Liverpool. Maklumlah, Arsenal sudah menyesuaikan diri mereka dengan kemasyhuran. Sampai sini sahajalah rumusan berita saya, saya ni bukanlah peminat bola sepak.
Yang Benar,
Is.