Sunday, April 12, 2009

Rumusan Berita

Kebersihan gerai-gerai di Pasar Geylang turun ke Gred C

Ramai pegerai mengeluh tentang perniagaan mereka yang semakin merosot akibat kes keracunan. Sejak kes keracunan itu, lebih ramai pelanggan menjauhi gerai-gerai di Pasar Geylang. Mentalah lagi ramai pelanggan menjauhi gerai-gerai itu kerana kebersihan gred merekan diturunkan ke Gred C, walau bagaimana bersih pun gerai-gerai mereka itu dijaga. Terdapat 3 pegerai di Pasar Geylang itu yang memerolehi gred B manakala yang lain mempunyai gred C. Ada juga pegerai yang tidak menunjukkan gred kebersihan mereka kerana takut kehilangan pelanggan yang akan memburukkan perniagaan mereka.

Sebuah pemilik gerai minuman yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Farook melahirkan kekecewaannya. "Selepas selesai membersihkan gerai, pihak NEA yang datang memeriksa menyatakan gerai saya merupakan gerai terbersih, saya tidak faham mengapa saya mendapat gred C walhal gerai saya lebih bersih daripada sebelumnya."

Pendapat:

Pada pendapat saya, pihak NEA tidak berkelakuan adil kerana mereka menurunkan gred kebersihan pegerai ke C walau bagaimana bersih pun gerai itu dijaga.Sepatutnya kes keracunan ini membawa keuntungan pada pegerai-pegerai yang lain di Pasar Geylang itu, tetapi sayangnya, tidak. Malah ia membawa kerugian besar kepada gerai-gerai yang terdapat di Pasar Sementara Geylang Serai. Pada saya, pihak NEA telah memburukkan keadaan bagi pegerai-pegerai di Pasar Geylang kerana terdapat gerai-gerai yang amat bersih yang berhak memperolehi gred B tetapi sayangnya, mereka tetap diberikan gred C kerana sebab-sebab tertentu. Contohnya Encik Farook yang amat kecewa dengan gred yang terdapat di gerainya itu kerana pihak NEA telah memberitahunya bahawa gerainya yang terbersih di Pasar Geylang itu tetapi, dia masih diberikan gred C. Alangkah hampanya rasanya jikalau saya berada di dalam situasi yang Encik Farook & pegerai-pegerai lain di Pasar Sementara Geylang Serai itu.

Yang Benar,
Is Kalsum.

No comments:

Post a Comment