Friday, April 17, 2009

Rumusan Berita III

Polis sertai Facebook bagi dekati golongan muda

Facebook telah mempunyai anggota baru iaitu Pasukan Polis Singapura (SPF). Pihak polis telah berbuat sedemikian untuk mendekati golongan muda yang juga celik dalam teknologi maklumat (IT). Pihak polis berkata bahawa dengan cara begini, sesiapa daripada mereka yang minat dalam meneroka kerjaya seorang polis boleh mendapat lebih maklumat daripada SPF.

Para peminat 'CrimeWatch' juga boleh menonton episod-episod yang telah pun disiarkan di televisyen di lelaman tersebut. Mereka mempunyai sebanyak 3,800 lebih peminat di Facebook di mana kebanyakannya adalah warga Singapura manakala segilintir lagi berasal dari luar negara. Bukan itu sahaja, Pasukan Polis Singapura telah membuka saluran di YouTube. Terdapat 33 klip video yang ditonton hampir 66, 000.

Pendapat:

Pada hemat saya, saya amat kagum dan terharu atas tindakan pihak polis kerena mereka memanfaatkan teknologi hanya untuk mendekati golongan muda. Saya tergamam apabila saya membaca artikel ini kerana tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa SPF akan berbuat sebegitu sekali hanya untuk mendekati golongan muda. Ingin saya katakan syabas kepada pihak polis kerana mereka telah berjaya menarik sebanyak 66, 000 tontonan di saluran mereka.

Yang Benar,
Is.

No comments:

Post a Comment