Friday, April 17, 2009

Rumusan Berita II

Singapura tempat keempat terbaik untuk berniaga

Negara Singapura telah mendapat tempat keempat terbaik di dunia untuk menjalankan perniagaan di majalah Forbes. Singapura telah melompat empat tangga keatas & mengatasi negara-negara lain seperti United Kingdom, Hong Kong, Australia dan sebagainya. Denmark telah berjaya untuk bertahan di tempat pertama pada carta itu selama dua tahun berturut-turut. Di tempat kedua terdapat Amerika Syarikat dan Canada mendapatkan tempat ketiga.

Kata majalah tersebut
mengukur apa yang dianggap penting oleh usahawan dan pelabur dalam membolehkan mereka menjalankan perniagaan adalah amat penting dan bukanlah mengukur negara-negara berdasarkan pertumbuhan Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) atau kadar pengangguran yang rendah.

Satu lagi faktor yang dipertimbangkan adalah
beban cukai, perlindungan pelabur, kelakonan pasaran saham, usaha mempromosi perdagangan bebas dan kebebasan bersuara. Negara-negara di tempat teratas juga mempunyai kadar rasuah yang rendah dan sistem perbankan yang kukuh.

Pendapat:
Saya amat bangga atas usaha tangga kejayaan Singapura itu. Saya amat terkejut apabila mata saya terlintas dengan artikel ini. Tidak saya sangka bahawa Singapura dapat mencapai kejayaan yang sebegitu. Artikel ini telah menyampaikan satu mesej yang amat bermakna and berharga bagi kami rakyat Singapura. Walaupun Singapura adalah sebuah negara yang terkecil di seluruh dunia, itu tidak bermakna yang negara kami tidak boleh mencapai apa-apa kejayaan yang boleh diperolehi.

Artikel ini telah pun membuktikan bahawa negara Singapura juga boleh menjadi sebuah negara yang maju seperti negara-negara yang terkenal. Malahan artikel ini juga telah membuktikan bahawa Singapura boleh mengatasi negara-negara yang termasyur seperti UK, Australia & Hong Kong. Kejayaan Singapura ini bukanlah kejayaan Singapura buat pertama kalinya dalam menandingi dengan negara-negara lain yang maju.

Apa yang saya dapat saya pelajari daripada artikel ini ialah tidak seharusnya orang yang berada ataupun terkenal dapat memperolehi kejayaan. Biar seseorang itu miskin, hodoh ataupun kecil dalam saiz, jikalau mereka ada keinginan untuk menimba ilmu dan sentiasa bekerja & berusaha dengan gigih, saya yakin bahawa mereka boleh mencapai cita-cita mereka tersebut dan kejayaan akan jatuh ke tangan mereka.

Yang Benar,
Is.

No comments:

Post a Comment